FAQ (Soal Jawab)

1. Bagaimana sistem ini berjalan?
Pertama kami memilihkan produk untuk anda, dan dalam banyak2 produk dipasaran, kami memilih produk telekomunikasi dari ToneGroup, iaitu simkad Tone Excel, yang menggunakan talian daripada Tune Talk. Simkad merupakan satu produk keperluan dan mempunyai repeat sale yang tinggi. Jarang pengguna handphone akan topup sekali sahaja handphone mereka. Mereka akan topup berkali-kali apabila kredit mereka habis.

Kedua, apabila anda menggunakan sistem ini, kami akan mengambil alih tugas promosi daripada anda. Ini bermakna kami akan berusaha untuk mendapatkan pelanggan untuk anda.

2. Saya adalah pengguna aktif produk dari Tone Group iaitu Tone Excel/TonePlus, jadi bolehkah saya menggunakan sistem ini?
Boleh. Sistem ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

3. Apa yang diperolehi dengan membeli sistem ini pada harga RM250?
Pertama anda akan mendapat simkad Tone Excel yang mengandungi kredit RM60 dan data 1.5 Gb.

Kedua, bulan hadapannya anda akan dapat lagi kredit RM60 dan juga data 3 Gb.

Ketiga, sebahagian kelebihan yang diberikan oleh ToneGroup dan Tune Talk, seperti insuran kemalangan percuma, juga layak untuk anda.

4. Apa yang akan berlaku, sekiranya sistem ini berjaya mendapatkan pelanggan untuk saya?
Sekiranya sistem ini berjaya mendapatkan pelanggan untuk anda, anda akan mendapat komisyen dari jumlah topup mereka setiap bulan. Jadi kami akan menggunakan komisyen yang anda perolehi untuk untuk menampung topup handphone anda setiap bulan sebanyak RM60 sehingga maksima RM100 secara auto-topup dan juga kos promosi bergantung kepada jumlah komisyen yang anda perolehi.

Sistem ini hanya mensasarkan supaya penggunanya mencapai 2 perkara:

Pertama mendapat topup percuma setiap bulan diantara RM60-RM100/3Gb-5Gb.
Kedua mendapat extra money setiap bulan sehingga maksima RM500

Sistem ini hanya dikhususkan kepada orang ramai yang mahu menjalankan bisnes sambilan dan mendapatkan duit extra, tetapi tiada masa langsung untuk berbisnes, sibuk dengan kerja, tidak tahu mempromosikannya, tak pandai bercakap, malu nak berjumpa orang, tidak tahu internet, tidak tahu website, tidak tahu facebook, tiada pengalaman berniaga. Contoh seperti ibubapa kita yang sudah berumur dan duduk di kampung, seperti anak-anak yang masih sibok belajar.

Jika mereka yang kita sayangi mendapat faedah dari apa yang kami sasarkan, itu merupakan satu kejayaan besar buat sistem ini.

5. Adakah kemungkinan sistem anda gagal untuk mendapatkan pelanggan untuk saya?
Ya ada.
Jika kami gagal mendapatkan pelanggan untuk anda, maka perancangan untuk mendapatkan kredit/data bernilai RM60/3G setiap bulan, dan juga mendapatkan duit extra setiap bulan, juga gagal untuk dicapai.

Tetapi kami akan terus menerus mempromosikan bisnes anda ini tanpa anda perlu membayar apa-apa kos lagi selain RM250 ini.

Yang perlu anda lakukan hanyalah pastikan anda topup simkad tersebut minima RM20 setiap bulan, untuk memastikan ia tidak expired, dan kami boleh meneruskan usaha mendapatkan pelanggan untuk anda.

6. Bolehkah saya membeli sistem ini beberapa kali?
Tidak. Satu Nama/IC/Passport hanya dibenarkan menggunakan satu pembelian autopasif sahaja.

7. Bolehkah saya juga mempromosikan bisnes ini kepada orang lain?
Boleh. Sekirnya anda sudah membeli sistem autopasif ini, anda boleh memohon satu web replika autopasif dibawah Program Affiliate AutoPasif.