Terma dan Syarat

Terma dan syarat yang perlu anda patuhi sebelum membuat apa-apa bayaran pembelian untuk sistem ini.

Terma dan Syarat

1. Sistem ini berharga RM250 (sekali pembayaran sahaja), untuk harga produk dan juga harga sistem ini yang akan menjalankan pemasaran untuk anda secara online.

2. Sistem ini memerlukan produk untuk dipasarkan, kami memilih produk telekomunikasi dari Tone Group, iaitu simkad Tone Excel. Oleh itu pengguna aktif dari Tone Group, samada Tone Excel atau Tone Plus, juga dibenarkan untuk membeli dan menggunakan sistem ini.

3. Anda akan mendapat sekeping simkad Tone Excel, kredit sebanyak RM60 untuk 2 bulan pertama (termasuk bulan anda membeli sistem ini).

4. Anda mestilah mempunyai bank akaun sendiri di Malaysia, tidak boleh menggunakan bank akaun orang lain.

5. Anda akan menerima sekeping simkad Tone Excel dengan nombor phone tertentu. Anda tidak dibenarkan mengubah nombor tersebut seperti mengekalkan nombor lama, port in atau mengubahnya melalui Tune Talk.

6. Anda hanya dibenarkan membuka 1 akaun autopasif sahaja menggunakan 1 nama atau nombor kad pengenalan. Jika didapati anda membuat 2 pembayaran untuk satu nama, nama tersebut akan dibatalkan, anda tidak akan dibenarkan menggunakan sistem autopasif ini dan duit tidak akan dikembalikan.

7. Sekiranya komisyen anda mencecah RM100, komisyen anda akan ditolak sebanyak RM90 untuk tujuan auto-topup simkad anda(RM60) dan juga untuk kos promosi (RM30), dan selebihnya akan dimasukkan terus kedalam bank anda. Maka anda tidak perlu tahu dan tidak perlu bayar apa-apa lagi setelah mengeluarkan modal RM250.

8. Sekiranya komisyen anda mencecah RM200, komisyen anda akan ditolak sebanyak RM130 untuk tujuan auto-topup simkad anda (RM100) dan juga untuk kos promosi (RM30), dan selebihnya akan dimasukkan terus kedalam bank anda.

9. Sekiranya ada perlakuan anda yang tidak disenangi oleh pihak admin, admin AutoPasif berhak untuk memberhentikan akaun autopasif anda tanpa pemberitahuan dan tanpa notis dan wang anda tidak akan dikembalikan.

10. Sekiranya anda sudah membeli sistem AutoPasif ini, dan berminat untuk mempromosikan sistem ini, anda boleh memohon untuk menyertai Program Affiliate AutoPasif dengan klik disini.